Sunday, June 24, 2007

Belawai


Sebelum pergi tempat kenduri Pak Din, kami sempat singgah di rumah sepupu Bapak. Nama dia Mak Cik Elok. Rumah dia ada banyak udang. Belawai terkenal dengan udang unjur, iaitu udang yang dikeringkan atau disalai dalam bentuk lurus-lurus. Harganya mahal , tau ? Sampai RM 60 pun ada ! Mahal tak ?
Tapi rasa dia mmmmmm memang boleh tahan. Tak sama dengan udang kering yang ada kat pasar tu.... masin semacam aja. Udang ni tak berapa masin, tapi segar dan sedap.
Masa kat rumah tu memang kami balun macam cara udang di masak. Ada udang kering ...makan macam tu aja. Ada udang masak rebus, ada udang goreng, ada udang kering dengan kulitnya sekali.
Kat gambar tu ...hmmm... macam muka Izzah baby aja. Eh , Izzah la tu !

No comments: