Tuesday, August 7, 2007

Kembara Mendekati Kalam-Nya



Zahirnya perjalanan ini mungkin tak lebih seperti orang bertanding sukan mencari kemenangan, pingat dan kemasyhuran. Tapi perjalanan ini telah mengajar kami bahawa al-Quran merupakan bahagian hidup yang sepatutnya paling 'hidup' dalam jiwa kami. Alhamdulillah, penglibatan kami dalam aktiviti yang agak terpinggir oleh kealpaan manusia zaman kini ini telah mendekatkan lagi kepada Kalam Ilahi. Ya Allah, jadikan kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa menjunjung Kalam-Mu, bukan hanya pada alunan di lisan, tetapi juga mendaulatkan martabatnya di maqam yang tertinggi dalam hidup kami.

Rombongan UTP :

Rahmat Abu Seman (Tilawah), Puan Nining Suharni (Tilawah), Anuar Yusuf (Tahsin), M Fakhizan Romlie (Hafaz), Shufi Khairani (Hafaz), Muhammad Hidayaturrahman (Tilawah Kanak2), Nursofiyah bt Jamaluddin (Tilawah Kanak2), Nurul Najmin Amran & Hanim Abdullah (Kuiz).

No comments: