Tuesday, August 7, 2007

Kuiz Tilawah

Acara pertama penentuan pemenang di Majlis Ujian Tilawah dan Hafaz PETRONAS 2007 di Melaka adalah Kuiz Tilawah. 5 pasukan yang mewakili anak2 syarikat PETRONAS di Pantai Barat memulakan persaingan. Selepas 3 pusingan, UTP , PRSS (Bangi) dan PFK (Gurun) telah diikat dengan mata yang sama. Hakim yang juga bertindak sebagai penyoal menggunakan pendekatan 'sudden death' untuk menentukan pemenang. Dengan pengendalian yang agak bercelaru, tiba2 PRSS diberi peluang menjawab soalan tambahan kerana dianggap terlebih dahulu menekan lampu. Tanpa bertangguh lagi, Hakim telah mengisytiharkan mereka sebagai Johan kerana berjaya menjawab soalan tambahan. Penentuan tempat kedua antara UTP & PFK bertambah kusut kerana Hakim asyik mengubah format untuk menentukan pasukan mana yang patut menjawab lebih dahulu. Akhirnya UTP jatuh ke tangga Ketiga. Rezeki jugalah kiranya! Mungkin agak mengecewakan bagi pasukan yang ada potensi menang, tapi tidak cukup dengan menyalahkan pengendalian acara yang agak lemah. Jika UTP memang cukup 'ulet' , dengan format apapun boleh menang, ya tak ? Tahun depan cuba lagi .......

Eh , gambar tu bukan peserta UTP, tapi penyokong nombor 1 UTP yang sedang melepaskan geram ....ergghhmmmmmm !

No comments: